Assalamualaikum...
Aishah Buat cerpen ni dalam 11 Pages...So, harap penganjur dapat baca sampai habis...Cerpen ini bertajuk
Antara Lamunan dan Kenyataan.
“Aduhai, sampai bila aku nak lupakan dia ni. Aku tak mau suka suka. Nanti aku tak boleh nak tumpu perhatian. Macam mana ni,” bisik hati Liyana.
Liyana, pelajar 5sc3 di SMK Mersing telah mula mempunyai hati terhadap Amirul,sepupunya yang paling baik budi pekertinya. Liyana seorang yang dikenali sebagai Genius Girl. Dia juga merupakan ayam tambatan sekolah dalam pertandingan bahas dan pidato.
Semasa menunggu pemandu peribadinya datang mengambilnya dari sekolah, dia berborak dengan rakannya.
“ Woi, Yana. Cuba hang tengok kat sana tu. Boyfriend hang kan,” kata Sofea, salah seorang kawan Yana
Liyana terkejut apabila rakannya itu bercanda kasar sedemikian. Liyana takut Syahrul mendengar gurauan antara Sofea dan Liyana. Liyana langsung tidak pernah menyimpan hati terhadap Syahrul, malah dia membenci Syahrul kerana pernah mengatawakannya semasa kumpulan perempuan kalah dalam Kuiz Sejarah dalam kelasnya.
“ Sofea, janganlah gurau kuat sangat. Cuba kalau dia dengar, mesti dia mengata aku dari belakang. Aku tak pernah suka kat dia,” marah Liyana kepada Sofea.
Perasaan Liyana terhadap Amirul semakin hari semakin kuat. Dia takut kerana minggu hadapan dia akan menduduki peperiksaan SPM.
Walaupun Liyana dialmun cinta, namun dia tidak pernah melupakan pelajarannya.
Hari berlalu begitu pantas. Esok merupakan hari yang paling besar dalam hidupnya sebagai pelajar sekolah menengah. Peperiksaan SPM akan dia duduki hari esok.
Setelah selesai menjawab kertas Matematik Kertas 2, tiba-tiba dia terlihat Syahrul yang sedang tekun menjawab soalan sambil menggaru kepalanya.
“ Hihihihi,” ketawanya di hati. Dia rasa lucu apabila melihat telatah Syahrul yang menjengkelkan itu.
Selepas tamat waktu menjawab, semua calon SPM dibenarkan keluar. Liyana pergi bertemu dengan Syahrul dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam kelas sebentar tadi sambil mengatawakannya.
“ Syahrul, aku nak tergelak lah tengok hang tadi. Aku dah habis jawab dah tapi hang tengah garu kepala lagi waktu tu. Mesti susah kan,” sindir Liyana terhadap Syahrul.
“ Woi, Yana. Hang ni la. Apa kes hang nak tengok aku. Ni mesti kes tiru kan,” jawab Syahrul dengan perasaan tidak puas hati.
“ Eeeeh. Senang hati ja tuduh orang. Hang tu apa yang tiru aku,” kata Liyana.
“ Dah la. Malas aku nak layan orang sewel macam hang ni,” kata Syahrul lalu meninggalkan Liyana.
“ Oi, amboi. Ingat aku ni sewel ka. Aku waras lagi la,” jerit Liyana .
Setelah seminggu setengah menghabiskan waktu dengan memerah otak, akhirnya tamat sudah masa Liyana untuk menjawab soalan SPM. Dia berasa sangat bebas.
Sebeum menunggu keputusan keluar, Liyana dan rakan sekelasnya memutuskan untuk pergi berkhelah di Pantai Merdeka. Liyana merupakan orang yang paling seronok. Sehari sebelum ke sana, semua barang persediaan sudah pun disediakannya.
Hari yang dinanti telah tiba.
“ Jom kita bertolak,” jerit Liyana ketika bas sudah mula bergerak.
Syahrul yang pada ketika itu terasa terganggu, lantas menyuruh agar Liyana senyap.
“ Woi, Yana. Hang tak pandai nak duduk diam. Macam tak pernah naik bas,” kata Syahrul sambil menunjukkan wajahnya yang control macho.
Liyana hanya membuat seperti tidak berlaku apa-apa. Dia malas untuk melayan Syahrul. Sepanjang perjalanan, dia masih terfikir akan Amirul. Dia memikirkan tentang peristiwa dia dan syahrul menutip buah rambutan bersama. Betapa indahnya ketika itu.
Lamunan Liyana dikejutkan oleh Amira, salah seorang rakan sekelasnya.
“ Liyana, bangun. Kita dah sampai, termenung apa tu,” kejut Amira.
“ Eeeh, kita dah sampai.Hehehe. maaf la terlena sekejap,” kata Liyana.
Mereka sekelas pun turun dari bas dengan gembira.
Sebelum ke sana, Syahrul sudah memikirkan sesuatu untuk memperkenakan Liyana.
Pada waktu malam, Syahrul telah meletakkan 2 ekor katak ke dalam khemah Liyana, Sofea dan Amira.
“ Aaaaaaaa, katak. Tolong. Gelinya. Haaaa,” jerit Liyana dan Amira.
Sofea sangat lena tidur sehingga tidak sedar akan kewujudan katak di dalam khemahnya itu.
Syahrul yang mendengar jeritan itu dari luar, ketawa sendirian. Namun, dia sanggup berbohong dan berpura-pura hero. Dia datang untuk mengeluarkan katak dari khemah Liyana.
Liyana yakin bahawa katak itu merupakan katak milik Syahrul kerana semasa di dalam bas dia ada terdengar bunyi katak di tempat duduk Syahrul.
“ Syahrul, ni mesti kerja ko kan., “ tuduh Liyana
“ eeeh. Bukannya nak ucapkan terima kasih. Dah la tu, malas la aku nak layan ko ni. Teruk sangat tahap gaban,” kata Syahrul yang berasa sakit hati.
Dalam diam, dia ada menyimpan niat terhadap Liyana. Walaupun dia suka mengenakan Liyana.
Hari ini dia akan menerima keputusan SPM. Perasaan menggeletar dan gemuruh menguasai dirinya.
Apabila tiba di sekolah, dia memulakan perjalanannya dengan Bismillah.
“ Horray, aku dapt 7A1 3A2. Yeyeyeye. Alhamdulillah. “ Kata Liyana. Lantas dia sujud syukur di dalam bilik khas itu.
Dia menunggu di luar untuk meilihat keputusan Syahrul. Syahrul mendapat keputusan yang sama dengan Liyana.
7 tahun berlalu dengan begitu pantas. Liyana kini baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang farmasi. Dan mendapat Master. Dia mengambil keputusan untuk berehat di rumah dan memikirkan tentang dirinya.
Manakala, Syahrul sedang berada di luar negara untuk melanjutkan pelajaran untuk mengambil Master. Syahrul sekarang ini sedang belajar dalam bidang kapal terbang. Dia bercita-cita tinggi untuk menjadi juruterbang.
Liyana tiba-tiba termenung seketika
“ Rindunya aku dekat Amirul. Adakah aku boleh bersama dengannya?” fikir Liyana ketika di beranda rumahnya.
Syahrul baru sahaja pulang dari luar negara. Setelah dia pulang dia terus ke rumah Liyana. Liyana sangat gembira apabila melihat Syahrul.
Syahrul sebenarnya berharap agar Liyana mempunyai perasaan yang sama terhadapnya. Dan kepulangannya juga bertujuan untuk meluahkan rasa hatinya.
“ Liyana, aku ni. Syahrul. Wooi, aku dah balik la. Hang ni tak rindu ka ?” jerit Syahrul dari luar rumah.
“ Syahrulllllll, hang kata apa tadi. Rindu. Aku langsung tak rindu kat hang.” Jawab Liyana.
Semasa mereka asyik berbual. Tiba-tiba ayah Liyana datang lalu menhulur sekeping kad jemputan.
Kad Jemputan Perkahwinan
Dijemput Encik Farid Sekeluarga untuk menghadiri Kenduri Kahwin
Amirul & Sofea
09/11/2019
Liyana yang membaca kad jemputan itu berasa sangat patah hati.
“ Ayah, abang Amirul nak kahwin dah ya ?” tanya Liyana
“ Betul tu. Kahwin juga anak saudara ayah seorang ni. Lega ayah. Ha, kamu ni Liyana bila nak kahwin?” jawab ayahnya sambil bertanya kepada Liyana.
Liyana tersentak apabila mendengar kata-kata ayahnya sebentar tadi. Dia terus naik ke atas tanpa meminta kebenaran kepada Syahrul yang mendengar dan melihat segalanya.
Jauh di sudut hati Syahrul mengganggap bahawa Liyana malu dengan Syahrul apabila ayah Liyana bertanya soal kahwin. Namun, Syahrul tidak tahu hal yang sebenarnya. Dia terus pulang dengan perasaan yang sangat gembira.
“ Liyana, dah siap ka belum. Nanti abang Amirul marah sebab datang lewat. Cepat la sikit,” panggil ayahnya .
Liyana masih di kamar sedang memakai baju kurung. Dia teringat baju kurung yang sedang dia pakai itu ialah baju kurung yang pernah tertumpah air di atasnya. Waktu itu, Amirul terpaksa membawa air yang penuh lalu, tertumpah di baju Liyana.
“ Ok, yah. Yana dah siap ni. Kita tak ajak Syahrul ka ayah. Minggu lepas kan dia dah dengar, apa salahnya dia ikut kita.” Kata Liyana
“ Tadi, ayah dah ajak tapi dia kata dia ada banyak urusan. Jadi, dia tak ikut kita.” Jawab ayahnya.
Apbila tiba, Liyana sudah memgang tkad supaya tidak lagi mempunyai perasaan terhadap Amirul. Setelah ayahnya selesai merenjis. Liyana dijemput untuk merenjis.
“ Tahniah ya, Amirul, Kak Sofea,” kata Liyana sambil merenjis.
Amirul hanya melemparkan senyuman manisnya kepada Liyana.
“ Terima kasih, Liyana ,” jawab Amirul.
Selepas merenjis dia terus ke tasik, tempat dia selalu bermain dengan Amirul semasa kecil.
Tiba-tiba, Syahrul datang kepadanya. Liyana sangat terkejut kerana setahu dia Syahrul sangat sibuk dan ada urusan tapi bagaimana Syahrul boleh berada di sini.
“ Syahrul, apa hang buat kat sini. Ayah aku kata hang sibuk,” kata Liyana sambil memendam rasa hancur hati.
Syahrul datang ke situ untuk meluahkan perasaannya kepada Liyana. Dia tidak mahu memendam perasaannya itu.
“ Aku saja ja datang ke sini. Kenapa hang sedih sangat ni,” tanya Syahrul.
Liyana terkejut dengan persoalan yang ditujukan kepadanya. Dia aneh bagaimana Syahrul mengetahui bahawa hatinya sedang sedih.
Liyana sudah menganggap Syahrul itu sebagai sahabat karibnya. Jadi, dia berniat untuk meluahkan perasaannya sekarang kepada Syahrul.
“ Syahrul, aku sebenarnya dah lama simpan perasaan dekat Amirul tu. Tetapi bila aku tahu dia kahwin, hati aku hancur. Syahrul, apa yang aku patut buat...,” kata Liyana sambil menitiskan air mata.
Syahrul yang mendengar kata-kata Liyana sebentar tadi berasa terkejut. Dia tidak pasti sama ada Liyana akan menerimanya atau tidak. Hasratnya untuk meluahkan perasaanya terasa berat untuk dilakukan.
“ Ahhh. Liyana. Sabar ya. Aku memahami keadaan kau sekarang. Ok, kau ambil batu besar ni. Pegang kuat-kuat dan masukkan segala perasaan dan perkara yang mengganggu kau sekarang. Kemudian, campakkan batu tu ke dalam tasik ni.” Kata Syahrul sambil memberi batu besar kepada Liyana. Sebutan hang tiba-tiba berubah menjadi kau.
Liyana terasa berat untuk melakukan semua itu. Kenangan di tasik itu sangat membahagiakan dia. Namun, demi ketenangan hidupnya, dia buang segala perasaan yang mengganggu emosinya ke dalam bau lalu dia campakkan batu tersebut ke dalam tasik sambil menjerit sekuat-kuatnya.
“ Aaaaaaaaahhhhhhhh,” jerit Liyana sambil menitiskan air mata yang sangat banyak.
“ Syahrul, terima kasih sangat. Cuba la kalau tak ada kau kan..Mesti aku tengah tension sekarang ni. Walaupun aku masih lagi merasakan perasaan itu, tapi aku yakin lama-kelamaan dia akan pergi juga dan pasti ada penggantinya.” Kata Liyana kepada Syahrul
“ Kalaulah pengganti itu ialah aku, betapa bahagianya hatiku, Liyana, “ bisik hati Syahrul.
“ Ayah, ibu, Liyana nak pergi ke rumah Syahrul sebentar. Kami nak berbual tentang tempat untuk kami bekerja.” Kata Liyana.
“ Bagusla tu Liyana. Tak ada la dok baring sahaja di rumah.” Jawab si ibu.
“ betul tu, Pergi lah. Kami benarkan,” sambung ayah.
“ Terima ksih ayah ibu. Liyana pergi dulu,” kata Liyana sambil melambai tangan kepada ibu dan ayahnya.
“ Assalamualaikum. Ada orang tak. Syahrul, ni aku ni. Kau ada rumah tak?” panggil Liyana sambil mengetuk pintu rumah Syahrul.
“ Ya, sebentar. Aduuuh, kau ni bukannya retti nak sabar. Masuklah, ibu dan ayah aku ada di dalam. Kami tadi sibuk surf internet. Maklumlah nak cari tempat kerja untuk kita.” Kata Syahrul
“ Kau tunggu sini dulu. Aku nak pergi suruh bibik buat air. Lepas tu aku panggil ibu dan ayah ok,” sambung syahrul.
OK. Itu sahaja kata-kata Liyana.
“ Hai, lamanya Syahrul ni. Lebih baik aku masuk bilik dia. Kot la ada secret yang dia sembunyikan daripada aku,” bisik hati Liyana. Seterusnya, Liyana terus menuju ke bilik Syahrul yang berdekatan dengan ruang tamu.
Alangkah terkejutnya Liyana apabila masuk ke dalam bilik Syahrul. Dia mendapati banyak frama photo Liyana. Liyana sangat terkejut dan masih terpaku di situ.
“ Liyana, air dah si....”kata Syahrul. Tetapi dia tidak dapat menghabiskan ayatnya kerana terkejut melihat Liyana berada di dalam biliknya.
“ AAAhhhh, Liyana. Apa kau buat dalam bilik aku tu,” kata Syahrul tersekat-sekat.
“ Syahrul, apa semua ni. Apa maksud kau letak gambar aku dalam bilik kau. Jawab Sayhrul. Jawab.” Kata Liyana sambil menitiskan sedikit demi sedikit air mata.
“ Liyana. Selama ini aku telah memendam perasaan dekat kau. Kau tahu betapa sakitnya waktu kau kata kau suka dekat Amirul. Kau tahu betapa gembiranya aku tengok kau waktu aku baru balik dari overseas. Kau tahu tak. Aku ingat kau suka dekat aku tetapi sebaliknya.” Kata Syahrul dengan menitiskan air mata dan mengatakan dengan kuat.
Liyana tersentak dengan kata-kata Syahrul sebentar tadi. Dia tidak menyangka Syahrul menganggapnya seperti itu.
“ Syahrul. Aku minta maaf. Aku tidak pernah tahu kau suka kat aku. Aku yakin pasti sewaktu kau membantu aku melemparkan batu ke tasik itu, kau berasa sakit hati. Ya Allah. Syahrul, aku minta maaf sangat, “ Liyana menitiskan air mata dan kali ini air matanya semakin banyak mengalir keluar.
Dia lantas lari ke tasik tempat dia dan Syahrul pernah melemparkan batu ke tasik. Liyana menangis dengan kuat di sana.
Syahrul tahu ke mana arah yang Liyana tuju. Dia terus ke tasik itu sambil membawa sebentuk cincin dengan niat tertentu.
“ Liyana, aku minta maaf sangat,” Kata Syahrul.
“ Syahrul, kau tidak perlu minta maaf. Engkau tahu, waktu Amirul berkahwin, perasaan aku terhadapnya semakin pudar. Dan tatkala kau datang membantu aku membuang segala perasaan yang mengganggu hidup aku, aku merasa seperti engkau begitu mengambil berat terhadap aku. Dan semenjak dari itu, aku sudah menyintai kau, kata Liyana sambil menangis dalam tawa.
Syahrul tersentak namun terselit perasaan gembira di hatinya. Lalu dihulurkanya cincin yang dibawanya kepada Liyana.
“ Sekiranya benar kau memang benar menyintai aku, Sudikah engkau mengahwini ku.” Kata-kata jiwang itu sudah lama diimipikan oleh Syahrul telah menjadi kenyataan.
“ Ya Allah, alangkah bodohnya diriku sekiranya aku mengatakan aku menolak pelawaan kau itu. Syahrul, kita bermula dengan pergaduhan menjadi sahabat dan kini kita akan bersama selamanya. Syahrul aku terima pelawaan kau tu,” Kata Liyana dan kini air matanya semakin kering hanya tawa menghiasi dirinya.
Syahrul berasa sangat gembira. Impianyya selama ini menjadi kenyataan. Liyana dan Syahrul pun pulang dan menyatakan hasrat mereka kepada kedua orang tua mereka.
“ Ibu ayah, cepat la datang sini. Yana ada sesuatu nak cakap ni. Cepat la. Penting sangat ,” jerit Liyana sebaik sahaja tiba di rumah. Perasaannya yang gembira itu telah membuatkannya terlupa untuk memberi salam sebelum masuk ke rumah.
“ Ada apa ni Liyana. Astaghfirullah. Hai, senyum sampai ke telinga ni apa kes? Cecita cecita.” Tanya si ayah terhadap puterinya.
“ Betul tu. Kenapa ni, anak ibu gembira sangat. Nak kahwin ka.” Gurau ibu.
“ Betul tu ibu. Saya nak kahwin, ibu ayah.” Kata Liyana dengan tergesa-gesa.
“ Apa!!!!! Nak kahwin. Biar betul. Dengan siapa ?” Terkejut ibu apabila mendengar kata puterinya itu.
“ Sabar dulu ibu, ayah. Yana nak kahwin dengan Syahrul. Tadi, dia melamar Yana di tasik, ayah ibu,” kata Liyana.
“ Ayah suka sangat Yana dengan Syahrul. Budak tu baik, prihatin lagi dekat Yana. Ayah ingat waktu dia balik dari Overseas hari itu, tempat pertama yang dia tuju ialah di sini. Ayah dan ibu setuju sangat,” gembira ayahnya apabila mendengar Syahrul sebagai bakal menantunya.
“ Betul tu. Ibu setuju sangat Yana dengan Syahrul.” Campur ibu.
Perbualan yang sama berlaku terhadap Syahrul. Ibu dan ayah Syahrul sama-sama setuju dengan Syahrul dan Liyana.
Keesokan harinya, Syahrul dan keluarganya datang untuk meminang Liyana. Apabila kedua-dua keluarga itu bersetuju. Liyana dan Syahrul pun pergi ke Kursus Perkahwinan.
Semasa mereka dalam perjalanan pulang dari kursus perkahwinan, mereka sempat bersinggah di sebuah restoran iaitu Restoran Layu Kembang di mana merupakan restoran itu merupakan tempat Liyana pernah bergaduh dengan Syahrul semasa perkemahan mereka sewaktu menunggu keputusan SPM.
“ Syahrul, jom duduk di penjuru sana, boleh tengok dekat luar tingkap. Kan cantik pemandangan di luar,” kata Liyana.
Walaupun mereka bercinta, namun mereka masih menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
“Ok, boleh saja. Nak makan atas bumbung pun boleh. Nanti aku akan buat satu port yang baik punya kat atas bumbung,” kata Syahrul dengan sedikit kata-kata lucu.
“Ishhh, kau ni tak habis-habis buat lawak. Ok, kalau macam tu, aku nak duduk di atas bumbung larh,” kata Liyana sambil membuat muka ingin mencabar Syahrul
“ Eeeeeh, memain saja. Mati aku nak buat port atas bumbung. Nanti tak sempat aku nak salam dengan tok kadi, baru tau. Dah la jom duduk di penjuru sana,” mengalah Syahrul.
Semasa mereka asyik memilih makanan, Liyana terperasan Amirul dan isterinya sedang memasuki restoran itu.
“ Assalamualaikum. Syahrul, Liyana. Apa khabar. Dah lama tak jumpa. Amirul dengar kalian akan berkahwin. Waah, tak sangka,” sapa Amirul.
Manakala, Sapura iaitu isteri Amirul bersalaman dengan Liyana.
“ Waalaikumsalam. Eeeh, sihat saja. Alhamdulillah, akhirnya aku Syahrul dengan Liyana akan bersatu. Aku pun tak sangak tau tak,” kata Syahrul
“ Marilah makan bersama kami, Jangan risau la, tak ganggu la. Kan Liyana,” jemput Syahrul. Syahrul tahu, sebenarnya Liyana masih menyimpan perasaan terhadap Amiru tetapi dia pasti cinta Liyana paling berat ke arah Syahrul.
“ Oh, ya. Apa salahnya. Lagi meriahkan, kalau makan ramai-ramai.” Kata Liyana.
Semasa mereka menjamah makanan, meraka sempat berbual-bual.
“ Beruntung sungguh kau Syharul sebab dapat Liyana tau. Aku dulu kalau boleh nak sangat dengan Liyana tu, tetapi jodoh aku ialah dengan Sapura yang dicintai, “ kata Amirul
Terkejut Liyana apabila mendengar kata-kata Amirul sebentar tadi. Namun dia mengetahui, itu hanyalah gurauan semata-mata.
Sapura hanya tersenyum sinis.
“ Memang beruntung pun aku. Nasib baik kau tak kahwin dengan Liyana, kalau tidak tak adalah aku dengan Liyana sekarang,” Kata Syahrul
“ Amirul, kau ingat tak, jalan yang dekat depan sana tu. Waktu tu kan aku hampir ja kena langgar dengan lori. Lepas tu kau tolak aku, sampai tangan kau cedera teruk.” Kata Liyana.
“ Oooh, betul tu. Aku teringat lagi. Kau tu la. Nakal sangat, orang kata jangan main tengah jalan, degil juga nak main dekat tengah jalan. Alhamdulillah, tak jadi apa-apa dekat kau.Hahahah,” kata Amirul
Mereka asyik berborak sehingga jam 7.00 petang.
“ Eeeeh, dah malam ni. Jom balik, sayang. Dah maghrib ni,” kata Amirul terhadap isterinya.” Kata Amirul
“ Baiklah, abang. Kami balik dulu ya, Assalamualikum,” kata Sapura.
Liyana terasa sedikit cemburu apabila mendengar perkataan sayang. Tetapi dia tahu itu lumrah suami isteri. Dia juga tidak lama lagi akan menjadi isteri orang. Dia berusaha untuk melupakan Amirul buat selama-lamanya.
Setahun berlalu. Majlis pertunangan sudah lima bulan berlalu. Kini tiba masanya untuk Liyana dan Syahrul berkahwin.
Semasa di Masjid Uthman Affan, Syahrul merupakan satu-satunya orang yang paling banyak berpeluh. Walaupun masjid tersebut menyediakan kemudahan penghawa dingin namun, sudah menjadi lumrah pengantin lelaki akan menggeletar dan takut untuk mengakad nikah.
“ Baiklah, saudara Syahrul bin Samsuri, sudahkah anda bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang besar iaitu sebagai suami kepada seorang anak orang? Tanggung jawab yang sangat besar,” Kata Tok Kadi.
“ Suususudahhhh,” jawab Syahrul sambil terketar-ketar.
“ Aku nikahkan dikau Syahrul bin Samsuri dengan Liyana binti Farid dengan mas kahwin sebanyak RM 7777.00 tunai,” kata tok kadi.
“Aku terima nikahnya Liyana binti Farid dengan mas kahwin sebanyak RM 7777.00 tunai,” jawab Syahrul.
Setelah selesai berakad nikah, Syharul menghembuskan nafas lega. Dia terus menuju ke arah Liyana.
Liyana menghulurkan tangannya kepada Syahrul untuk disarungkan cincin.
Setelah selesai menyarungkan cincin, Syahrul pun mencium Liyana. Semasa Syahrul ingin mencium pipi dan dahi Liyana, ada seekor kucing yang melalui belakang Liyana. Sebaik sahaja dia melihat kucing tersebut, jeritlah dia dengan kuatnya sehingga satu masjid bergegar. Dia berlari sekitar masjid.
Liyana mengejar Syharul dengan berkaki ayam.
“ Sharul, di mana kau. Cepatlah, kita belum habis lagi ni. Ciumlah dahi aku.” Jerit Liyana
“ Eeeeh, panggil abang atau sayang. Jangan lah aku kau lagi. Mai sini, aku cium pipi kau bawah ni. Segan aku cium depan orang ramai,” panggil Syahrul di bawah meja di belakang masjid.
“ Baiklah sayang.” Liyana pun menerima ciuman dahi pertama daripada Syharul di bawah meja. Lucunya.
Semasa majlis perkahwinan, Liyana dan Syharul ialah orang yang paling bahagia.Di meja menjamah makan. Terdapat udang galah yang besar.
Syahrul mengupas udang tersebut dengan gigih namun sangat keras. Sedang dia mengupas tiba-tiba udang tersebut terpeanting ke atas meja Mak Kiah.
“ Opocot, mak ang terpenating..eeeeh udang galah....Karate ,” Melatah mak Kiah.
Liyana tergelak dengan telatah suaminya itu. Syahrul hanya membuat tidak tahu sahaja.
“ Eeeeh, pengantin baru oiii, jom duduk atas pelamin. Time merenjis ni,” Liyana dan Syahrul pun menuju ke singgah sana pelamin yang sangat indah.
Mula-mula ibu dan ayah Liyana merenjis diikuti oleh ibu dan ayah Syahrul. Selepas itu Mak Kiah punya giliran.
“ Jaga-jaga hang noh. Mak Kiah tau hang yang buat ydang terbang tadi tu kan. Apa pa pun, Mak Kiah maafkan hang. Selamat pengantin baru, Nah ambil ni,” kata Mak Kiah melawak sambil merenjis ke arah raja sehari itu.
Tiba-tiba Amirul datang untuk merenjis.
“ Seperti yang aku pernah kata, ruginya tak dapat kau Liyana. Hehehe. Selamat Pengaantin baru. Semoga bahagia ya,” Kata Amirul lalu merenjis,
“ Kesiannya dia. Aku sekarang ni milik Syahrul, superman aku tau,” kata Liyana
Apabila terdengar kata-kata itu, perasaan Syahrul semakin kuat mengatakan Liyana telah mencintainya dan melupakan Amirul.
“ Terima kasih,” kata Syharul.
Stelah majlis tamat....
“ Sayang jom ikut abang jom. Kita pergi tasik,” kata Syahrul
“ Nak buat apa,” kata Liyana
“ dalah, ikut saja,” kata Syahrul.
Setiba sahaja di sana.......
“ Ingat tak tempat ni. Di sinilah tempat abang melamar sayang. Abang nak jujur dengan sayang sesuatu ni. Ingat tak waktu perkemahan dulu. Sebenarnya, abaang la orang yang letak katak tu. Abang minta maaf sangat.” Luahan Syahrul
“ Apa rupanya, abang yang buat semua tu. Siap abang, Mari sini, jangan lari,” marah gurau Liyana
Liyana terus mengejar Syahrul.
Begitulah kisah Liyana. Lamunan Liyana iaitu Amirul dan Kenyataan Liyana iaitu Syahrul telah memberi titik muktamad bagi perasaan Liyana. Dia telah memilih kenyataannya. Kebahagian Liyana ternyata bersama Syahrul.
Moral of the stories is,....Janganlah terlalu berharap akan orang lain kerana sesungguhnya yang ada di depan mata itu adalah lebih baik
Itu sahaja..Maaf kalau ada sedikit kesilapan..Aishah buat macam tu saja...Kadang-kadang tulis nama silap..Harap suka lah ya..
Assalamualaikum
1 Opinion:
rajinnya aishah menulis lagi....btw...trimas sebab join lagik...=D
Post a Comment